INFO TENTANG PROGRAM JOM

INFO TENTANG PROGRAM JOM

1. PENDAHULUAN

Program JEWELS OF MALAYSIA ( JOM ) iaitu Program penjelajahan berkenaaan pencarian bakat semula jadi dalam bidang senireka barang kemas yang akan mengiktirafkan pereka, pemakai dan juga petukang barang kemas yang terdiri daripada peserta Malaysia,Singapura, Brunei dan Indonesia. Di mana program ini, akan menjelajah di 5 buah negeri iaitu bermula pada bulan ogos 2024 di Johor, pada bulan September di Terengganu, pada bulan bulan October di Pulau Pinang, pada bulan November di Sabah dan Sarawak dan program akhir pada Disember 2024 di Kuala Lumpur. Hadiah utama pemenang adalah 1kg jongkong emas 999 dan kursus pendek dalam bidang senireka barang kemas di University arts of Landon. Program ini telah mendapat kerjasama yang kuat dari TOURISM Malaysia dan MOTAC.

2. TUJUAN PROGRAM

Program JEWELS OF MALAYSIA ( JOM ) ini bertujuan secara khasnya adalah untuk pencarian bakat bakat semulajadi terdiri dari golongan belia daripada Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Peserta yang telah terpilih dan berjaya dalam program JOM ini akan diketengahkan bakat mereka melalui bimbingan dari tenaga pengajar Trishya & Co yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang senireka barang kemas. Melalui program ini juga, setiap peserta dapat meningkatkan keyakinan terutama dari segi penghasilan halus senireka barang kemas tersebut.
Secara am tujuan program ini juga kepada negara adalah untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui program JOM ini, yang akan menjelajah di 5 buah negeri iaitu bermula pada bulan ogos di Johor, pada bulan September di Terengganu, pada bulan bulan October di Pulau Pinang, pada bulan November di Sabah dan Sarawak dan program akhir pada Disember di Kuala Lumpur.

Dengan program penjelajahan di 5 buah negeri ini juga akan menggalakkan pelancong tempatan melancong ke destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia.

3. OBJEKTIF

1. Mengembangkan Kemahiran Kreatif :

Meningkatkan bakat dan kemahiran kreatif individu dalam bidang seni reka, seperti reka bentuk grafik, seni visual,
reka bentuk produk, dan sebagainya.

2. Meningkatkan Kemahiran Teknikal :

Memberikan latihan dan pendidikan yang diperlukan untuk menguasai peralatan dan perisian yang digunakan
dalam industri senireka barang kemas.

3. Memupuk Bakat Baru :

Menyediakan platform untuk bakat baru menunjukkan karya mereka dan mendapatkan pengiktirafan
dalam industry barang kemas.

4. Menggalakkan Inovasi :

Mendorong pendekatan inovatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah reka bentuk barang kemas.

5. Memperluas Jaringan Profesional :

Membantu peserta membina rangkaian profesional dengan individu dan organisasi dalam industri seni reka.

6. Menambah Nilai Ekonomi :

Meningkatkan daya saing ekonomi dengan menghasilkan reka bentuk yang berkualiti tinggi yang boleh dipasarkan.

3. KUMPULAN SASARAN DAN YURAN

Terbuka kepada semua seluruh rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang berumur dari 19 tahun hingga 30 tahun sahaja

Kriteria peserta program:-


-Umur 19Tahun-30Tahun
-Warganegara Malaysia & warganegara jiran .


Program “JOM” terbahagi kepada hanya 1 kategori dan yang mewakili 2 identiti iaitu,

i)Perseorangan (mewakili Pereka,Pertukang,Pemakai)


ii)Berkumpulan(mewakiliki orang yang berlainan iaitu Pereka dan pertukang)


Lampiran yuran (RM500.00) pendaftaran program ke account Bank (Pihak acc akan memaklumkan semula)


T&C


-Produk yang dihasilkan peserta final akan di “Pattern” menjadi hak milik TRISHYA&CO dan
dihasilkan di Malaysia.
-Material produk yang dihasilkan peserta saringan adalah “Silver””perak alloy”
-Design yang dihasilkan tidak boleh ditiru dari pasaran sedia ada(Copyright)
-Yuran yang dikenakan kepada peserta iaitu RM500.00 sahaja.
-Sebarang penipuan didalam pertandingan ini menyebabkan peserta akan disingkirkan
-Pemenang utama program ini perlu menandatangani kontrak kerja bersama
“TRISHYA & CO” selama 3 tahun.


Peserta saringan perlu menyediakan 3 perkara iaitu:-


i) Produk barangan kemas “cincin”yang dipililih diantara : “Signet, Micro setting”
ii) Hardcopy video proses pembuatan produk yang dipilih
*Sebagai bukti penghasilan produk adalah daripada peserta pertandingan.
iii) Lakaran rekaan produk yang dihasilkan

4. TARIKH

Bulan ogos 2024 di Johor, pada bulan September di Terengganu, pada bulan bulan October di Pulau Pinang, pada bulan November di
Sabah dan Sarawak dan program akhir pada Disember 2024 di Kuala Lumpur.

5. TEMPAT

Bulan ogos 2024 di Johor, pada bulan September di Terengganu, pada bulan bulan October di Pulau Pinang, pada bulan November di
Sabah dan Sarawak dan program akhir pada Disember 2024 di Kuala Lumpur.

6. HADIAH

SARINGAN – Sijil Penyertaan, 1 jongkong emas 0.5 gram, T shirt

AKHIR – Hadiah utama peringkat akhir adalah :-

Pemenang Pertama – 1kg 999 jongkong emas & Kursus pendek
dalam bidang senireka di University of Arts London

Pemenang ke 2 – 100g 999 jongkong emas & Kursus pendek
dalam bidang senireka di University of Arts London

Pemenang ke 3 – 100g 999 jongkong emas
Tempat ke 4 hingga 10 – 10g 999 jongkong emas

Leave a Reply